Peranan Negara-negara Serantau Dalam Melestarikan Ikatan Yang Kukuh

Peranan Negara-negara Serantau Dalam Melestarikan Ikatan Yang Kukuh

Pengenalan
Negara-negara serantau kini semakin pesat membangun dan seolah-olah seperti berlumba-lumba antara satu sama lain.
– pelbagai jenis pembangunan berlaku di negara-negara tersebut
– bangunan-bangunan pencakar langit berdiri kukuh di samping pelbagai prasarana yang mega dan canggih
– namun begitu, peranan negara-negara ini dalam melestarikan ikatan yang kukuh tidak boleh dipandang ringan

Idea-idea Utama
Pelbagai peranan dapat dimainkan oleh negara-negara ini dalam melestarikan ikatan yang kukuh.
– sentiasa peka dengan permasalahan yang melanda di negara jiran mereka
– memberikan bantuan dengan secepat yang mungkin
– contohnya kehilangan kapal terbang MH 370 kepunyaan Malaysia
– negara sekeliling seperti Singapura,Thailand, Indonesia, Australia dan pelbagai lagi memberikan pelbagai bantuan
– meningkatkan ikatan persahabatan yang telah sedia ada

Perdagangan yang telah terbentuk perlu diperluas dan dipelbagaikan.
– memberikan keuntungan yang lumayan kepada kedua-dua buah negara
– tidak dieksploitasikan oleh negara-negara luar yang lain
– hubungan bertambah erat kerana saling mempercayai
– tidak perlu bergantung kepada negara-negara seperti Eropah

Ikatan kukuh ini boleh ditingkatkan dengan mengadakan pelbagai program bersama.
– antaranya program usahasama dari aspek pendidikan, ekonomi dan pelbagai lagi
– pertukaran pelajar dan dialog ekonomi boleh dijadikan sandaran
– banyak menjurus kebaikan kepada kedua-dua pihak
– sikap menghormati antara negara yang terlibat akan terpahat kukuh

Penglibatan sukan antara negara-negara ini juga langkah yang paling berkesan.
– Sukan Asia dan Sukan Sea boleh dijadikan contoh
– penggiliran tuan rumah antara idea yang terbaik
– membentuk ikatan yang kukuh sesama atlet dari negara-negara serantau
– landasan dalam merapatkan hubungan negara-negara ini

Negara-negara ini sentiasa menghormati maruah dan imej antara satu sama lain.
– tidak akan mencampuri urusan pentadbiran di negara-negara jiran mereka
– bersedia memberikan pandangan jika diminta
– bersama-sama menggembeling tenaga dalam usaha meningkatkan kemajuan
– tidak akan berasa rugi malah berbangga melihat negara-negara serantau menjana kemajuan yang berterusan

Penutup
Ikatan yang kukuh amat penting dalam melestarikan keamanan yang berterusan.
– pertelingkahan mendatangkan kerugian kepada negara-negara yang terlibat
– semakin hari semakin banyak kerjasama perlu dilakar antara negara-negara tersebut
– kebijaksanaan para pemimpin perlu ditagih dalam merealisasikan senario ini
– tidak mustahil negara-negara serantau ini mampu mencipta kegemilangan dan standing dengan negara-negara maju yang lain.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s