Peranan Pelajar Dalam Masyarakat
Pengenalan
Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat di negara kita.
– turut berperanan besar dalam masyarakat
– menjadi idola kepada adik-adik mereka di sekolah rendah
– sentuhan mereka kepada masyarakat turut ditagih
– menjadi pemimpin pada suatu hari nanti
Idea-idea Utama
Pelajar memaparkan akhlak yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi
– menjadi teladan kepada adik-adik mereka
– mendidik mereka mengamalkan nilai-nilai yang murni
– dapat diamalkan dan diteruskan hingga mereka dewasa
– bersikap jujur, hormat-menghormati dan pelbagai lagi
Pelajar memberikan sumbangan tenaga kepada masyarakat.
– bekerjasama sewaktu diadakan aktiviti kemasyarakatan
– contohnya hari terbuka, majlis perkahwinan dan pelbagai lagi
– dapat menimba pengalaman apabila mereka bergaul dengan orang yang lebih tua
– menjadi kebanggaan mereka atas keprihatinan dan kerajinan yang ditunjukkan
Golongan pelajar memberikan bantuan kepada golongan yang ditimpa musibah.
– sama-sama membantu masyarakat mencari dana
– membersihkan rumah penduduk seperti banjir besar yang berlaku di Kelantan
– tenaga gagah mereka akan mengurangkan beban masyarakat
– menjadi kebanggaan di tempat tinggal mereka
Para pelajar turut berperanan besar dalam melaksanakan ajaran agama.
– rajin bersembahyang di surau ataupun di masjid
– membersihkan tempat beribadat pada masa lapang
– bersama-sama masyarakat ketika menyambut aktiviti keagamaan
– contohnya bagi penganut agama Islam seperti Majlis Maulidul Rasul dan Sambutan Awal Muharam
Para pelajar sentiasa menjaga nama baik masyarakt itu sendiri.
– tidak menyapu arang di muka mereka
– bak kata pepatah “ Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga”
– haruslah menjauhkan diri daripada pelbagai gejala sosial
– antaranya menjadi Mat Rempit, bohsia dan pelbagai lagi
Penutup
Tuntasnya, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dalam masyarakat memang berat.
– hebat atau mundurnya masyarakat itu juga bergantung kepada mereka
– masyarakat yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, pasti dikenali di negara kita
– didiklah generasi muda ini ke arah kebaikan
– impaknya pasti hebat kerana mampu menjulang imej masyarakt di sesebuah tempat
.