Sinopsis

Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis

Kedengaran ke benua Siam bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar dan tidak ditakluki oleh mana-mana empayar. Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya pun menyuruh utusan ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah raja Siam. Raja Siam berasa amat marah lalu memerintah­ kan hulubalangnya, iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.

Berita Siam hendak menyerang Melaka telah didengari oleh Sultan Muzaffar Syah. Lantas, baginda memerintahkan rakyat dihimpunkan di Melaka. Sehubungan dengan itu, semua rakyat lelaki dibawa berhimpun di Melaka. Bagaimanapun, Tun Perak telah menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak-anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-sungguh demi isteri dan anak-anak mereka. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka menang ke atas Siam, Tun Perak diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara.

Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa Tun Perak telah menganiayai dirinya. Sultan Melaka pun memerintahkan Tun Perak supaya menghadap baginda. Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri Melaka. Tun Perak mahu dia dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca disebabkan orang yang mengadu hal tersebut. Kata-kata Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Tun Perak duduk setara dengan Seri Nara Diraja di seri balai.

Sementara itu, orang Melayu pun terbahagi kepada dua kumpulan. Sebahagiannya mengikut Paduka Raja dan sebahagian lagi mengikut Seri Nara Diraja. Kedua-dua pembesar ini tidak bermuafakat dan sering berselisih faham. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap kedua-dua pembesar itu akan membinasakan negeri Melaka. Baginda bercadang untuk mendamaikan Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja telah dikahwinkan dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Tun Kudu ialah isteri Sultan Melaka tetapi telah diceraikan oleh baginda. Tun Kudu dipelihara oleh Paduka Raja. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Melaka. Setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu, Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk dilantik sebagai bendahara. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja setara dengan Patih Aria Gajah Mada di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai. Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.

Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja turut diperintahkan membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintah Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan.

Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam.

Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah meraikan tenteranya dengan memberikan persalinan yang mulia-mulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Sebaliknya, Cau Pandan, iatu anak Paduka Bubunnya mahu dia diperlengkapkan untuk mengalahkan Melaka. Paduka Bubunnya berasa sangat gembira dan mengarahkan anaknya itu diperlengkapkan dengan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu-perahu kecil yang tidak terbilang banyaknya.

Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang telah kedengaran di Melaka. Namun begitu, Tuan Sidi Arab yang menetap di Melaka dan pandai bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil melaungkan kata-kata bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah mengatakan bahawa Tuan Sidi Arab itu benar-benar warak sekiranya Cau Pandan betul-betul mati.

Di benua Siam pula, Cau Pandan berasa dadanya seperti terkena panah. Cau Pandan jatuh sakit dan muntah darah lalu mati. Oleh hal yang demikian, rancangan Siam untuk menyerang Melaka tidak diteruskan. Kematian Cau Pandan telah tersebar ke Melaka. Sultan Muzaffar Syah yang mendengar khabar tersebut mengakui Tuan Sidi Arab seorang yang warak, lalu memberikan pujian dan anugerah kepada beliau.

Selepas 42 tahun menaiki takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah. Baginda digelar Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

Advertisement

Gaya Bahasa

Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada : Gaya Bahasa

(a)     Bahasa Arab. Contoh: idahditalakkeramat.

(b)     Bahasa istana. Contoh: bagindatitahtuankumangkat.

(c)     Bahasa Melayu klasik. Contoh: terpermanai lagikemakanan matanya.

(d)     Hiperbola. Contoh: Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.

(e)     Penggunaan lagu. Contoh: Cau Pandan anak Bubunnya,

Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga,

Bunga berladung si air mata.

(f)      Repetisi. Contoh: Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu.

(g)     Simile. Contoh: seperti dewal orang berzikirdadanya seperti kena panah.

Nilai dan Pengajaran

Pantun Budi : Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a) Budi bahasa.                      (c) Rendah diri.

(b) Mengenang jasa.               (d) Kebijaksanaan.

.

Pengajaran

(a)   Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.

(b)   Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

(c)   Kita perlulah mengutamakan budi bahasa daripada kekayaan.

(d)   Kita haruslah sentiasa merendah diri agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

(e)   Kita haruslah menjadi orang yang bijaksana agar dapat membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

Pantun Kiasan : Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)   Imej alam. Contohnya, ikan; buah bacang; burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga; gunung; pokok terap; bukit; guruh; langit; kilat; hujan; bayam; sayur; sungai.

(b)   Peribahasa. Contohnya, jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung; masakan tempua bersarang rendah; kalau kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga;

(c)   Repetisi. Contohnya, Tikar pucuk tikar mengkuang.

(d)   Simile. Contohnya, Macam melukut di tepi gantang; Laksana gadis Menteri Bogor; Sungguh laksana bunga dedap.

(e)   Personifikasi. Contohnya, nyawa menangis di pintu kubur.

(f)    Asonansi. Contohnya, Sangkut terendak dekat beranda (perulangan vokal e)

(g)   Aliterasi. Contohnya, Hajat hati nak peluk gunung (perulangan konsonan h).

(h)   Rima akhirnya sama, iaitu abab.

Tema dan Persoalan

Pantun Budi : Tema dan Persoalan

Tema

Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

.

Persoalan

(a)   Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

(b)   Sikap mementingkan kekayaan menyebabkan seseorang lupa akan budi bahasa.

(c)   Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

(d)   Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.

(e)   Budi bahasa lebih penting daripada kekayaan yang dimiliki.

(f)    Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

Pantun Alam Remaja : Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)   Imej alam. Contohnya, itik; kumpai; ayam kinantan; ranting; rumput.

(b)   Peribahasa. Contohnya, besar hati.

(c)   Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

(d)   Asonansi. Contohnya, Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a).

(e)   Aliterasi. Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b).

(f)    Rima akhirnya sama, iaitu abab kecuali rangkap kedua rima akhirnya aaaa.

Bentuk dan Ciri-ciri Pantun

Pantun Alam Remaja : Bentuk dan Ciri-ciri Pantun

(a)   Terdiri daripada tujuh rangkap.

(b)   Berisi empat baris setiap rangkap.

(c)   Ada pembayang dan maksudnya.

(d)   Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.

(e)   Terdiri daripada sembilan hingga sepuluh suku kata sebaris.

(f)    Bentuknya terikat.

Plot – Teknik Plot (Cerpen Tingkatan 4) 

Cerpen Munsyi : Plot – Teknik Plot (Cerpen Tingkatan 4) 

Plot – Teknik Plot

Teknik pemerian. Contohnya, penulis memerihalkan suasana tegang yang berlaku di kawasan perkampungan tradisi di pinggir ibu kota ketika kerja-kerja merobohkan rumah-rumah kayu usang penduduk dijalankan oleh pihak berkuasa.

Teknik dialog. Contohnya, “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”

Teknik imbas kembali. Contohnya, penulis teringat kembali cerita ibunya mengenai peristiwa rusuhan kaum yang pernah berlaku di ibu kota mewah itu.

Teknik imbas muka. Contohnya, Mel membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa Melayu di ibu kota akan berpindah milik kepada saudagar asing apabila kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang.

Teknik kejutan. Contohnya, pembaca terkejut dan tidak menduga sama sekali bahawa Munsyi akan menghilangkan diri apabila rumahnya dirobohkan.

Plot – Binaan Plot (Cerpen Tingkatan 4)

Cerpen Munsyi : Plot – Binaan Plot (Cerpen Tingkatan 4)

Plot – Binaan Plot

Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi.

Plot permulaan cerpen ini dimulai dengan hasrat Mel/ penulis yang ingin bekerja dan menetap di ibu kota. Hasratnya itu dibantah oleh bondanya/ibunya. Bonda memberikan alasan bahawa Mel masih belum menguasai ilmu agama dan lemah dari segi penguasaan bahasa ibunda.

Pada tahap perkembangan, penulis memerihalkan kisah bonda Mel yang menceritakan berbagai-bagai kisah yang berkaitan dengan kehilangan nilai tradisi nenek moyang oleh anak-anak muda di ibu kota yang mudah tergadai maruah diri atas nama kemajuan. Menurut bonda Mel lagi, warga kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka serta mengutamakan kepentingan diri masing-masing. Pada suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat sentimen perkauman yang berpunca daripada pihak penjajah yang berjaya menanamkan benih-benih persengketaan. Mel bertekad untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk berhijrah ke ibu kota. Akhirnya, bonda Mel merestui pemergiannya setelah meyakini kemampuan anaknya itu hidup berdikari di ibu kota. Bonda Mel turut mengirimkan kitab-kitab lama bertulisan jawi untuk dihadiahkan kepada sahabat lamanya yang bernama Munsyi.

Tahap perumitan cerpen ini apabila Mel berasa sedih dan malu apabila melihat anak-anak muda yang sebangsa dengannya di ibu kota hilang maruah diri dengan mengamalkan pergaulan bebas dan menggunakan bahasa rojak. Bagi Mel, mereka telah kehilangan identiti dan jati diri. Mel kemudiannya mendapat khabar tentang projek pembinaan bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang di atas tanah rizab Melayu di pinggir kota. Semua keluarga yang tinggal di tanah rizab tersebut diarahkan berpindah termasuklah Munsyi.

Klimaks cerpen ini apabila Mel tergamam melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku lama yang diberikan oleh bondanya hancur diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang akan mengaut keuntungan kelak. Mel tidak dapat menemui Munsyi.

Peleraian cerpen ini bermula apabila Mel berusaha untuk menjejaki Munsyi tetapi gagal. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.

Pengajaran (Cerpen Tingkatan 4) 

Cerpen Munsyi : Pengajaran (Cerpen Tingkatan 4) 

Pengajaran

Kita perlulah mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun dengan sepenuh hati.

Kita hendaklah mempertahankan maruah dan jati diri.

Kita perlulah mengikut nasihat orang tua-tua yang lebih berpengalaman.

Kita hendaklah bijak merancang masa depan.

Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur semasa menyempurnakan hajat seseorang.

Kita mestilah berpendirian tegas untuk membuat keputusan.

Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan.

Kita tidak sewajarnya menggadai maruah dan harga diri untuk mengejar keduniaan.