Nilai dan Pengajaran (Komsas Tingkatan 4)

Drama Berkhidmat Untuk Negara : Nilai dan Pengajaran (Komsas Tingkatan 4)

NILAI

  1. Nilai amanah. Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat
  1. Nilai kasih sayang. Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.
  1. Nilai bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman.
  1. Nilai cinta akan tanah air. Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita

PENGAJARAN

  1. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri
  1. Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas. Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah
  1. Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan. Contoh: Masnah tidak memberi galakan kepada anaknya untuk menyertai PLKN malah memberitahu suaminya bahawa program tersebut mungkin membahayakan nyawa anaknya. Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.

.

Leave a comment